Cara Untuk Atasi Masalah Susah Tidur Malam dan Sakit Kepala Berdenyut

Cara Untuk Atasi Masalah Susah Tidur Malam dan Sakit Kepala Berdenyut

Rendam Kaki dalam Air dan Ais Atasi Ketegangan Otot : Oleh Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Terapi rendam kaki dengan air yang dicampur sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala, bisa sakit badan, elok amalkan rendam kaki dengan air yg dicampur ais ini.

Sekiranya anda ada gangguan jin yang kronik anda pasti sakit seperti mencucuk-cucuk di kaki yang di rendam. Itu tanda yang tubuh kita ada gangguan makhluk halus. Sekiranya di amalkan inshaaAllah dengan izin Allah jin akan terhindar dari tubuh anda.

Lagi baik jika di campurkan dengan daun bidara limau dan garam bukit dalam air berais itu, kesannya amat baik dalam tubuh badan kita.

Bacaan Amalan Rendam Kaki dalam Air Campur Ais

Saya setiap hari setiap pagi pasti akan rendam ini. Amalkan sebelum rendam kaki baca seperti berikut.

  • Al Fatihan 7 kali
  • Al Ikhlas 7 kali
  • Bismillah5 7 kali
  • Selawat 7 kali

InshaaAllah Izin Allah Kaki badan akan Rasa ringan.mana yang mengalami kerap sakit kepala, magrain, susah tidur malam baik sangat di amalkan cara begini. InshaaAllah izin Allah kepala anda kurang sakitnya dan tidur anda semakin nyenyak.

Kesan Gangguan Makhluk Halus

  • Kaki Rasa Pijau bila di rendam kaki dalam Ais
  • Lenguh kebas pada kaki
  • Sakit mencucuk di kaki
  • Menjadi sedawa angin semasa rendam

Di sarankan letak ais janganlah terlalu banyak memadai air itu sejuk mengikut ketahanan masing-masing. Sekiranya anda ada kesan ini nasihat saya dapatkan rawatan islam berhampiran.

Harus di ingat ini adalah Salah satu Alternatif dalam rawatan islam sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit..inshaaAllah izin Allah Sakit anda akan sembuh.

Inilah 5 Manfaat Merendam Kaki dengan Air Sejuk Bagi Kesihatan

Penutup 

Setiap orang biasanya diuji dengan pelbagai penyakit atau masalah. Ya, bunyi seperti masalah sukar tidur malam ini seperti tiada apa, namun sebenarnya ianya satu penyakit atau masalah yang patut anda ambil serius. Jadi semoga perkongsian kali ini akan dapat membantu anda yang memerlukan.

Semoga selepas ini masalah sukar tidur dan sakit kepala berdenyut anda tiada lagi atau dapat dikurangkan. Semoga berjaya Amin.

error: Content is protected !!