Cara Untuk Buat Air Kelapa Muda Bakar bagi Ikhtiar Perempuan Mengandung

#Air Kelapa Muda Bakar : Cara 1

Cara Untuk Buat Air Kelapa Muda Bakar bagi Ikhtiar Perempuan MengandungBahan-bahan di Perlukan untuk Buat Air Kelapa Muda Bakar

1) kelapa muda
2) Serai 2 batang
3) Lada hitam 5@6 biji di tumbuk halus

Langkah-langkah Cara Untuk Buat Air Kelapa Muda Bakar

1. Masukkan serai 2 batang dalam kelapa, ketuk Serai tersebut sedikit kemudian masuk dalam kelapa.

2. Selepas itu masukkan lada hitam yang di tumbuk tadi ke dalam kelapa dan masukkan secubit garam dalam kelapa.

3. Kemudian letakkan kelapa di atas dapur gas dan bakar, sebaiknya 12 minit ke 15 minit dengan api yang sederhana.

Cara Untuk Buat Air Kelapa Muda Bakar bagi Ikhtiar Perempuan Mengandung

4. Selesai bakar baca:

  • Al fatihah 3x
  • Al ikhlas 3x
  • Bismillah5 3x
  • Dan selawat3x

bacaan bismillah 5

5. Selesai baca minum.

Peringatan Ringkas Tatacara Amalan Minum Kelapa Muda Bakar

Baik di minum sebelum datang haid. Jika haid datang jangan minum. Sebaiknya mana yang nak merancang hamil mula minum selepas habis period. Habis period terus minum sebiji, selepas 5hari buat lagi, buat berterusan 5 hari sekali sehingga datang period semula. Jika period dah datang terus berhenti. Cuba buat dalam sebulan dulu.

Baik Juga amalkan buat pesakit yang ada masalah dalaman seperti Cyst, Fybriod. Buat la izin Allah cyst mengecil atau ia akan keluar sendiri

Selain itu, jika ada gangguan makhluk halus di dalam perut selepas minum, insyaAllah perut anda akan memulas, sendawa, muntah, terkentut. Sekiranya Ada tanda tersebut perut anda mengalami gangguan makhluk halus. Sebaiknya dapatkan rawatan Islam berhampiran juga ya.

Perkongsian Pengalaman Amalan Minum Air Kelapa Muda Bakar

Tahun lepas di kampung ada pesakit minta saya tolong buatkan kelapa bakar. Izin Allah setelah 4 tahun kosong beliau berjaya hamil.

Orang pertama saya buatkan adalah isteri saya iaitu pada tahun 2016 selepas saya buat video kelapa bakar saya terus bagi isteri saya minum. Syukur Alhamdulillah setelah 4 tahun kosong izin Allah isteri saya hamil kini dah selamat melahirkn anak bongsu saya Harith Daniel.

Orang Kedua adalah adik ipar saya Nadia. Beliau kosong setahun, lepas dia minta saya buatkan izin Allah beliau hamil, kini baru sahaja melahirkn anak sulung.

Kini pesakit saya dari Melaka. Datang rumah nak sangat saya sendiri yang buatkan kelapa bakar ini. Pesakit ini dah berkahwin 9 tahun tetapi masih belum di kurniakan cahaya mata.

Di sebabkan hajat beliau sanggup susah payah bawa buah kelapa datang ke rumah, kesian Dengan penantian 9 tahun saya penuhi hajat beliau.

Saya doakan agar pertolongan sedikit saya ini di permudahkan oleh Allah untuk beliau mendapat cahaya mata yang pertama InshaaAllah. Aamiin Ya Allah.

Semua atas izin Allah, ini sebagai ikhtiar. Ada pesakit minum sekali pun dah hamil. Ada yang buat banyak kali jika belum rezeki tak juga hamil. Setakat ini izin Allah ramai saya bantu cara ini dapat membetulkan masalah period, masalah senggugut dan izin Allah banyak pesakit yang berjaya hamil.

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Manfaat Luar Biasa Minum Air Kelapa Bakar Untuk Kesihatan

#Air Kelapa Muda Bakar : Cara 2

Cara untuk buat kelapa muda bakar

Minum air kelapa muda adalah perkara biasa tetapi bagaimana pula dengan air kelapa bakar? Pernahkah anda terlihat di jalanan ada papan tanda yang tertulis kelapa bakar.

Mamanet selalu nampak bila melalui jalan Kampung Subang. Bahkan mamanet tertanya-tanya, bagaimana rasanya air kelapa bakar dan apakah khasiatnya?

Kelapa bakar merupakan kelapa muda yang melalui proses pembakaran pada tungku atau alat pemanggang lebih kurang 3 hingga 4 jam sehingga dipastikan air di dalamnya sudah mendidih.

Manakala isi kelapa menjadi lekang dan lembut dan bercampur dengan air kelapa seperti sari pati. Sejukkan dulu air kelapa bakar itu sebelum diminum.

Ramuan Rahsia untuk Menambah Keenakan & Khasiat Air Kelapa Muda Bakar

ramuan rahsia air kelapa muda bakar

Bagi segelintir peminat  air kelapa bakar, mereka menambah manisan agar lebih enak atau rempah untuk memberi lebih khasiat terhadap kesihatan peminumnya.

Untuk lebih stamina, ada yang mencampurkannya dengan telur ayam. Bagaimanapun, tanpa sebarang campuran lain pun, ia tetap enak diminum begitu saja.

Cara Untuk Membuat Air Kelapa Muda Bakar di Rumah

Bahan-bahan :

  • 1 biji kelapa muda. Pangkas dahulu bahagian atasnya hingga nampak tempurung atau isi luar.
  • 2 sudu makan madu atau gula melaka/kabung
  • 1 sudu teh serbuk halia
  • Daun pandan (jika suka)
  • 2 sudu makan ramuan rempah dikisar (jamu) – jika suka.
  • Sebiji telur ayam (sebaik-baiknya ayam kampung) – jika suka.

Cara membuatnya :

  1. Bakar kelapa muda di atas tungku masak atau tempat memanggang sehingga 3 jam sampai ia mendidih.
  2. Potong isi bahagian atasnya hingga kelihatan air di dalam kelapa lalu masukkan bahan-bahan manisan atau ramuan yang digemari dan dikacau sehingga sebati bersama isi dan air kelapa.
  3. Sejukkan sebelum diminum. Rasanya jauh lebih sedap daripada minuman berkabornat.

Apakah Manfaat dan Kebaikan Air Kelapa Muda Bakar Yang Perlu Anda Ketahui?

Apakah manfaat air kelapa bakar ini sama dengan air kelapa muda? Hakikatnya bila ia mengalami proses pembakaran yang lama, tidakkah khasiat hilang atau rosak?

Jawapannya tentulah tidak kerana proses pembakaran yang lama membolehkan segala khasiat pada isi kelapa dapat menyerap terus ke dalam air hingga menjadi pati.

  1. Meningkatkan daya tahan tubuh

Amalan meminum air kelapa ini dapat membantu menyegarkan kembali tubuh yang lesu dan letih. Anda akan kembali bersemangat dengan daya imun tubuh semakin baik kerana segala khasiat air kelapa mudah menyerap ke dalam tubuh.

  1. Mengatasi masalah masuk angin

Masalah masuk angina memang lumrah bagi orang Asia. Banyak penyakit berkaitan angin ini yang boleh disenaraikan seperti perut kembung, sneak, pedih ulu hati, urat masuk angin, angin sengkak, pening, pitam, mual, demam, perut sebu dan sembelit.

Minum air kelapa bakar dapat membantu mengatasi masalah ini. Apatah lagi jika dicampurkan dengan ramuan rempah. Pasti tubuh akan berasa lebih hangat.

  1. Mengatasi diabetes

Diabetes atau kencing manis merupakan antara penyakit paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Selain faktor pemakanan, gaya hidup tidak sihat dikatakan menjadi punca penyakit ini. Dengan rajin meminum air kelapa bakar dipercayai dapat membantu mengatasi penyakit diabetes.

AWAS: Elakkan penambahan sebarang jenis gula dalam air kelapa ini.

  1. Mengatasi masalah batu karang

Penyakit batu karang dapat dikurangkan dengan meminum air kelapa bakar. Penyakit ini terjadi kerana adanya pembentukan material keras seperti batu pada buah pinggang yang menyebabkan seseorang mengalami gejala nyeri pinggang, kencing berdarah dan sebagainya. Air kelapa bakar dikatakan dapat memecahkan batu karang hingga dapat dikeluarkan melalui saluran kencing.

  1. Mempercepat kehamilan

Minuman ini juga dipercayai dapat membantu kehamilan pada para wanita yang sukar hamil. Biarpun tiada kajian saintifik berkenaan hal kesuburan ini, air kelapa bakar dikatakan dapat meningkat tahap kesihatan tubuh badan seseorang hingga menjadikannya lebih bertenaga dan ceria.

Penutup 

Untuk mendapatkan khasiat yang terbaik, elok amalkan selama 7 hari (boleh minum sama ada air kelapa muda atau kelapa bakar).

Semoga artikel khasiat air kelapa bakar ini dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan ceria.

Sumber : mamanet

error: Content is protected !!