Cara Untuk Buat Air Selusuh Agar Mudah Bersalin

Cara Untuk Buat Air Selusuh Agar Mudah Bersalin

Ketahui Apa itu Air Selusuh

Sebelum saya menerangkan cara-cara menyediakan air selusuh, mari kita ambil tahu dulu serba sedikit mengenai air selusuh ini.

Air selusuh merupakan air yang digunakan untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin. Boleh atau tidak dipraktikan dalam kehidupan seharian kita? Pada pendapat saya sendiri, selagi ianya tidak mendatangkan mudarat kepada si ibu dan bayi yang dikandungkan serta tidak melanggar hukum hakam agama islam, maka tidak menjadi masalah untuk diambil. Yang penting, tujuan air itu adalah untuk memudahkan wanita bersalin dan tiada unsur salah di sisi agama. Jika ada kesan yang tidak baik saya nasihatkan supaya tidak minum.

Ada juga yang bertanya, apa hukumnya menggunakan air selusuh ini? Saya bukanlah seorang arif dalam menetukan hukum agama ini. Tapi apa yang saya boleh kongsikan, jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat al-quran serta doa-doa memohon proses kelahiran zuriat dipermudahkan oleh Allah. Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam. Jika menggunakan jampi-jampi karut yang menyesatkan ataupun menggunakan khidmat tok bomoh yang kita sendiri tidak tahu apa yang dibaca, maka hukumnya akan berubah menjadi HARAM.

Ada pelbagai cara untuk sediakan air selusuh ini. Ada diantaranya menggunakan air yang dibacakan ayat-ayat al-quran, ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan dan macam-macam lagi. Orang kata, lebih baik sekiranya, air selusuh itu disediakan sendiri oleh suami. Sebagai tanda dan doa dari suami yang mengasihi isterinya, memohon bantuan daripada Allah dan berikhtiar untuk melancarkan proses kelahiran zuriatnya sendiri. Sesungguhnya, kita sebagai hambaNya, berikhtiar, selebihnya Allah yang menentukan.

Cara Buat Air Selusuh Kaedah 1

Ini adalah cara step by step yang dilakukan oleh Ustaz Don untuk menyediakan air selusuh. Sediakan air masak ataupun air zam-zam (lebih baik) dalam kuantiti yang mencukupi (bergantung kepada keperluan masing-masing).

Langkah 1 Buat Air Selusuh

Langkah 2 Buat Air Selusuh

Langkah 3 Buat Air Selusuh

Langkah 4 Buat Air Selusuh

Langkah 5 Buat Air Selusuh

Cara Buat Air Selusuh Kaedah 2

1. Baca surah Al Fatihah
2. Baca surah Al Hasyr ayat 21.
3. Selawat syifa
(Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya & kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya dan penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.
4. Bacakan doa.
“Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya [sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibu] sakit bersalin dnegan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat”.
Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum tujuh hari sebelum tarikh jangka bersalin.
5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan selawat tujuh kali.
6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara Buat Air Selusuh Kaedah 3

1. Beristighfar 3 kali.
2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.
3. Al Fatihah 1 kali.
4. Selawat 11 kali.
5. Alam Nasyrah 7 kali.
6. Al Ikhlas 3 kali.
7. Al Falaq 3 kali.
8. An Nas 3 kali.
9. Al Fatihah 1 kali.

Kemudian berdoalah apa yang dihajati seperti mohon agar diberikan keselamatan kepada kedua-dua ibu dan bayi yang bakal dilahirkan.

Cara Buat Air Selusuh Kaedah 4

1. Al Fatihah. Apabila sampai di ayat kelima, lintaskan di dalam hati memohon dipermudahkan bersalin. 3 kali.
2. Selawat syifa 7 kali.
3. Surah AL Hasyr ayat 21 sebanyak 3 kali.
4. Surah Al A’raa ayat 54 sebanyak 3 kali.
5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Ustaz Azhar Idrus – Minyak Selusuh & Air Selusuh

Perbahasan : Boleh minum air selusuh ke doktor?

boleh minum air selusuh ke doktor

Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim. Juga turut dikenali sebagai Sanggul Fatimah / Rumput Fatimah / Rose of Jericho .

Air selusuh akar fatimah ini dipercayai turun temurun digunakan untuk ‘ mempercepatkan’ proses bersalin . Biasanya akan diminum selepas tanda tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu. Masalahnya, betul ke akar fatimah ini sememangnya mempercepatkan proses kelahiran ?

Selusuh yg melibatkan hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan. Ada beza tu, doa dan jampi serapah. Jangan keliru!

Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang mungkin tidak saya ketahui.

Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal.

Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit. Dan bukan sewenang-wenangnya diberikan tanpa alasan yg kukuh.

Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini sepanjang berkhidmat di bidang ini yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya TIDAK menggalakkan penggunaan air selusuh yg mengunakan bahan2 seperti yg saya nyatakan tadi. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.

PERTAMA : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu2 yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada ibu.

KEDUA : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Bukan kepalang sakitnya. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa.

Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat, berjam jam lamanya. kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena.

Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut. Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ADA untuk kita.

Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.

Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.

Saya bukan ler ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang lupa dan lalai.

Proses bersalin ni mengajar bakal ibu dan ayah supaya banyak bersabar. TIADA benda yang boleh cepatkan proses ini, tanpa izin Allah.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia

Penutup 

Setiap ilmu yang kita baca sebaiknya kita pertimbangkan dan letakkan agama dahulu didepan. Selepas membaca penulisan ini diharapkan agar kita tidak lagi mencari perkara-perkara yang mengundang kemarahan Allah swt seperti pergi berjumpa dengan bomoh-bomoh karut yang menggunakan jampi serapah untuk berubat bagi memudahkan isteri bersalin.

Ingat, carilah redha Allah dan mohonlah pertolongan dariNya. Semoga anda semua berjaya buat sendiri air selusuh dengan kaedah yang betul dan tawakal kepada Allah setelah berusaha. InsyaAllah semoga kedua-dua ibu dan anak selamat.

error: Content is protected !!