Cara Untuk Buat Racun Rumput Yang Selamat dan Jimat Hanya Guna Cuka & Sabun

Cara Untuk Buat Racun Rumput Yang Selamat dan Jimat Hanya Guna Cuka & Sabun

Hapuskan Rumput dengan Racun yang Mudah Ini : Oleh Hafiza Halim

Ok sebelum ini admin ada kongsikan Cara Untuk Buat Racun Serangga Yang Selamat & Mudah ini dan berbeza pula kali ini admin nak berikan kepada anda 1 cara mudah untuk buat sendiri racun rumput. Ya, sebelum ini kita nak hapuskan serangga tapi tak nak hapuskan pokok, kali ini kita bukan nak hapuskan serangga tetapi nak matikan rumput.

Jadi bagaimana caranya? Sebenarnya caranya mudah sekali dan anda hanya perlukan beberapa barangan dapur sahaja. Ya, buat dari bahan dapur sahaja! Mari admin kongsikan tips yang diberikan oleh Hafiza Halim ini.

Cara Mudah Hapuskan Rumput

Sebelum itu, ini admin cuba fikir dan senaraikan kenapa anda perlu cuba kaedah ini untuk hapuskan rumput dihalaman rumah anda itu. Antaranya ialah :

  1. Kos murah kerana hanya guna barangan dari dapur.
  2. Senang dibuat kerana tidak perlu peralatan dan teknikal serta skill yang kritikal.
  3. Cepat kerana tidak mengambil masa lama untuk segala tindak balas (yang kita tidak tahu).
  4. Lebih selamat untuk ahli keluarga dan binatang peliharaan kerana bahan digunakan adalah memang barangan dari dapur sahaja.
  5. Menyihatkan badan anda kerana anda bersenam secara tidak langsung.

Baiklah, jadi berikut admin kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-caranya.

  1. Bekas penyembur racun (boleh beli di kedai RM2)
  2. Sabun Pencuci Pinggan Sunlight = 5 sudu.
  3. Cuka buatan (makan) 1 Botol Besar.
  4. Air sedikit sebagai pelarut.

Ok, cara-caranya mudah sekali. Langkah-langkahnya ialah :

  1. Campurkan ketiga-tiga bahan diatas iaitu cuka, sabun dan air kedalam bekas penyembur racun.
  2. Biarkan seketika dan kacau hingga dirasanya bahan sudah sebati.
  3. Siap untuk disembur ke seluruh kawasan berumput.
  4. Biarkan racun itu mengering sendiri dan insyaAllah dalam masa seminggu rumput akan mula mengering dan mati.

Cairan Ini Ampuh Membasmi Rumput Liar Di Pekarangan

Penutup 

Siapa yang suka dengan rumput dan kemuncup yang tebal di perkarangan rumah bukan? Jadi inilah peluang anda untuk gunakan ilmu yang anda baru pelajari ini. Mudah sangat rugi kalau tak cuba. Semoga berjaya

error: Content is protected !!