Cara Untuk Buat Racun Serangga Yang Selamat & Mudah

Cara Untuk Buat Racun Serangga Yang Selamat & Mudah

Gambar oleh mykebun.com

Hebat Cara Buat Racun Serangga Sendiri Guna Bahan Dari Dapur Sahaja : Oleh Mykebun.com

Siapa sahaja yang rajin berkebun atau menanam pokok bunga pasti tahu masalah serangga adalah masalah kritikal bagi pokok yang kita tanam betul tak? Mengikut pengalaman admin sendiri, memang susah sangat nak atasi masalah serangga ini.

Kalau hendak gunakan racun serangga, bukan kerana tidak mampu tetapi lebih kepada bimbang kerana ada kucing peliharaan sendiri dan kucing jiran yang selalu datang merayau. Kalau dibuatnya kucing atau binatang peliharaan lain makan, habislah terkena racun. Rasa sangat takut dan bersalah kalau kita jadi punca sebab kematian atau keracunan binatang peliharaan kita ini.

Oleh sebab itu, admin cuba buat carian di internet dan alhamdulillah jalan penyelesaiannya ada dikongsikan di mykebun.com ini. Jadi bagaimana caranya? Mari kita sama-sama pelajari kaedah cara buat racun serangga yang berkesan dan mudah serta insyaAllah lebih selamat.

Cara Untuk Buat Racun Serangga di Rumah

Cara Untuk Buat Racun Serangga di Rumah

Bahan-bahan untuk membuat racun serangga ini adalah seperti yang disenaraikan berikut.

  • Satu setengah sudu teh (1.5) baking soda (sodium bikarbonate)
  • Satu (1) sudu teh minyak masak
  • Satu (1) sudu teh cuka makan
  • Lima (5) cawan air suam

Campur dan sebatikan bahan di atas dan masukkan ke dalam penyembur racun serangga anda.

Sekarang anda sudah boleh menggunakan racun tadi. Semburkan pada daun pokok dan kawasan sekitarnya.

Bahaya Racun Furadan Kepada Manusia

furadan

Furadan? Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa racun FURADAN merupakan racun yang telah diharamkan pengunaannya disesetengah Negara barat seperti Kanada dan Persatuan Eropah (EU) dalam tahun 2008. Amerika Syarikat mengharamkannya pada tahun 2009. Kenya bercadang mengharamkannya, tetapi masih boleh dibeli dikedai pertanian. Di Malaysia, racun ini dijual dengan bebas tanpa sebarang sekatan.

Bahaya ke FURADAN ini? Ya, sangat bahaya dimana ia merupakan racun yang sangat toksik yang boleh membawa kepada kematian. Menurut laporan berita, di Kota bharu,Kelantan Kanak-kanak tiga beradik dimasukkan ke hospital selepas dipercayai terhidu serbuk racun jenis ‘Furadan’ ketika bermain ‘masak-masak’ di belakang rumah mereka di Kampung Berangan Pondok, Tumpat. “Ibu mereka mendapati ketiga-tiga anak terbaring dengan badan yang lemah dan muntah-muntah di ruang tamu rumah,” katanya ketika dihubungi. Ini baru kes terhidu, belum lagi pest residue yang terdapat didalam sayuran atau buah-buahan yang kita makan sekiranya ia disembur oleh FURADAN. Pelbagai impak buruk yang akan berlaku.

Racun Furadan berbentuk pasir, biasanya berwarna ungu. Biasanya digunakan untuk membasmi serangga perosak, nematod dan ulat perosak. Kalau seekor burung/tupai termakan sebutir pun dah mati. Kalau manusia termakan setengah sudu kecil kfc pun dah boleh menyebabkan nyawa melayang. Furadan (carbofuran) adalah racun sistemik maksudnya racun ini bila disiram akan diserap ke dalam sistem pokok. Batang, daun dan buah semuanya ada racun kalau ia digunakan. kesan racun furadan TIDAK AKAN HILANG walaupun selepas 3 BULAN. Jadi kalau kita gunakan racun ini untuk tanaman kontan (yg boleh dituai hasil dlm 2-3 bulan) maksudnya racun tu masih ada kan?

Ada laporan menyatakan bahawa furadan digunakan dalam penanaman tebu, tembikai dan jagung bagi tujuan mengawal serangga pengorek. Ada yang menyatakan racunnya tidak masuk ke buah. Furadan ini adalah racun jenis sistemik, maknanya racunnya cair dalam air dan diserap masuk keseluruh bahagian pokok, mustahil ia berhenti mengalir kat tangkai buah. Sudah pasti ia mengikut masuk kedalam buah.

Jika kita pula makan buahan yang tercemar, sisabaki racun ini juga akan memasuki tubuh badan. Sisabaki racun terkumpul dalam badan tahun demi tahun. Jika anak kecil disuapkan buahan tercemar, bayangkan bahaya yang mendatang.

Kesan sisabaki racun furadan. Rasa nak muntah, pening dan racau. Juga boleh melumpuhkan sistem pernafasan. Mengakibatkan kerosakan kekal pada sistem reproduktif dan saraf. Sumber: myagri.com.my

Cara-Cara Membasuh Sayur-Sayuran Dengan Betul

Penutup 

Siapa yang tak sayang keluarga betul tak? Oleh sebab sayang kita perlu berusaha berikan yang terbaik kepada keluarga kita. Jika anda berkebun, cubalah tanam secara organik dan gunakan baca yang selamat. Jangan lupa basuh sayur-sayuran yang hendak dimasak dengan bersih.

error: Content is protected !!