Cara Untuk Cukur Rambut Bayi Baru Lahir dan Pengiraan Sedekat Ikut Timbangan Berat Rambut dengan Kadar Harga Emas

Cara Untuk Cukur Rambut Bayi Baru Lahir dan Pengiraan Sedekat Ikut Timbangan Berat Rambut dengan Kadar Harga Emas

#Cukur Rambut Bayi dan Sedekah Ikut Timbangan Rambut : Oleh Halimatulssaadiah Wan Jusoh

Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira babi lelaki atau babi perempuan. Jangan cukur sipi-sipi je.

Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.

Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darahkan kotor. Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pula.

Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan

Contoh Pengiraan Berat Rambut Bayi dan Harga Emas

Contoh rambut babi  ini berat 0.99g.

Harga emas kita ambil paling mahal sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.

Ini contohnya.

0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.

Kalau nak sedekah RM215 pun boleh juga. Seikhlas hati.

Tips Mudah Cara Nak Kumpul Rabut Bayi Semasa Cukur

Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur sendiri. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.

1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala babi dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette sahaja atau mana-mana yang ada. Pastikan baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas atau sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang sendiri kalau ada penimbang emas

Cara Sunnah Cukur Rambut Bayi – Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Jawapan Mufti Mengenai Soalan Berkaitan Hukum Cukur Rambut Bayi dan Sedekah Ikut Timbangan Rambut

SOALAN:

Salam Dato, ada sedikit kemusykilan, betul ke lepas cukur rambut bayi dan rambut tu ditimbang kemudian kita mesti bayar. Atas sebab apa bayar dato? Ada nas tak berkaitan perkara tersebut? Syukran

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Disunnahkan selepas menyembelih akikah untuk mencukur rambut bayi, sama ada lelaki atau perempuan, dan disunnahkan untuk ditimbang rambut yang dicukur itu dengan emas atau perak, kemudian disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Rasulullah SAW mengarahkan kepada anaknya, Saidatina Fatimah R.anha:

زِنِي شَعْرَ الْحُسَيْنِ وَتَصَدَّقِي بِوَزْنِهِ فِضَّةً، وَأَعْطِي الْقَابِلَةَ رِجْلَ الْعَقِيقَةِ

Maksudnya: “Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.”

Hadis riwayat Hakim dan al-Baihaqi.

Kami juga menasihatkan agar jangan dicukur separuh-separuh kerana hal itu namanya qaza` yang dilarang oleh Syarak. Daripada Abdullah bin Dinar RA

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ القَزَعِ

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW melarang daripada perbuatan qaza`.

Hadis riwayat al-Bukhari

Dan sunat juga hukumnya untuk dilumuri kepada bayi itu dengan Za`faran, Khaluq (sejenis wangian yang lebih kuat daripada Za`faran) atau wangian lain, kerana mengganti tradisi Jahiliyyah yang melumurkan kepala bayi dengan darah aqiqah. Sabda Rasulullah SAW:

اجْعَلُوا مَكَانَ الدَّمِ خَلُوقًا

Maksudnya: Jadikan (yakni gantikan) tempat lumur darah itu dengan Khaluq.

Hadis riwayat al-Baihaqi dan Ibn Hibban.

Wallahua`lam.

Penutup 

Kadang-kadang ada dalam kalangan masyarakat yang keliru di antara adat dan amalan islam. Ada pula yang mudah terikut-ikut dengan budaya dan adat bukan islam menyebabkan ada perkara yang sudah dilakukan tetapi ditinggalkan oleh ramai orang. Ya, malang sekali.

Jadi, marilah kita kembali ke jalan Allah swt. Semoga perkongsian kali ini mengenai cukur rambut bayi ini memberikan manfaat buat semua.

error: Content is protected !!