Cara Untuk Elak Litar Pintas Eletrik Penyebab Kebakaran Rumah

Cara Untuk Elak Litar Pintas Eletrik Penyebab Kebakaran RumahCara Mudah Lakukan Sendiri di ELCB Rumah Anda

Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas, ELCB (ELCB- Earth Leakage Circuit Breaker) yang berada dikotak suis utama ( yang bila kilat kuat dia jatuh,pastu kita tolak naik semula keatas tu ), benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada dirumah memeriksa sebulan sekali.

Caranya ialah dengan menekan butang ‘push to trip’ disebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang ‘push to trip’ automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dalam keadaan baik tetapi jika anda tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh, maka cepatlah hubungi wireman untuk menukar yang baru.

Rumah anda dalam keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang ‘push to trip’ rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan, jangan bimbang just tolak semula ke keatas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.

Info Menarik Mengenai Pemutus Litar

Penutup 

Tidak dinafikan memang benar malang itu tidak berbau. Namun sebagai manusia kita perlulah berusaha untuk mengelak kemalangan dari berlaku. Kita perlu pelajari ilmu-ilmu yang dapat membantu kita dalam menjamin keselematan diri dan keluarga.

Oleh sebab itu, kejadian litar pintas yang menyebabkan kecelakaan dan memang ada kes yang menyebabkan kematian kerana rumah terbakar sebenarnya mungkin dapat dielakkan. Pelbagai usaha dan ilmu seperti ini perlukan dipelajari dengan betul dan dipraktikkan semua orang.

Semoga perkongsian mengenai pemutus litar ini dapat sama-sama menambah kesedaran dan ilmu kita mengenai keselamatan diri dan rumah kita agar kita tidak menjadi mangsa seperti kes-kes kebakaran rumah dan kediaman sebelum ini.

error: Content is protected !!