Cara Untuk Hilangkan Parut Jerawat dengan Cepat dan Mudah

#1 Petua Hilangkan Parut Menggunakan Bahan di Dapur : Oleh Ema Tunz

Cara Untuk Hilangkan Parut Jerawat dengan Cepat dan Mudah

Parut jerawat sangat merimaskan. Mujur ada petua mudah, guna bahan dapur sahaja untuk hilangkan parut jerawat dengan mudah. Hari ini kami nak kongsi cara nak hilangkan parut hitam kerana jerawat yang tumbuh di muka kita. Ada 5 petua yang akan kami kongsikan dari sumber Ema Tunz ini.

5 Petua Cara Untuk Hilangkan Parut Jerawat

(1) Madu : Ambil sedikit madu, boleh campur dengan bedak sejuk. Letak di kawasan berjerawat.

(2) Timun : Hiris timun segar. Tampal pada kulit muka berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk.

(3) Lidah buaya : Belah dua daun supaya lendirnya keluar. Sapu lendir pada kawasan berparut.

(4) Asam jawa : Ramaskan dengan air, jangan terlalu cair. Sapu pada kulit berparut. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air. Nak lagi elok, sila sapu sebelum tidur.

(5) Baking soda : Campur 2 sudu teh baking dengan air, jangan terlalu cair. Lumur campuran ini ke bahagian paling banyak parut. Cuci muka guna pelembab lepas basuh baking soda.

Lepas amalkan petua atas ini, jangan pulak gatal tangan nak kopek parut yang dah kering tu.

Petua Hilangkan Parut Jerawat di Muka

#2 Tips Paling Mudah Hilangkan Jerawat, Parut Jerawat  & Kulit Kusam : Oleh Cik Syasyaarwin

Cik Syasyaarwin

Baca smpai habis baru awak faham. Awin ada kongsi juga skin ori Awin tanpa sebarang makeup now dh 99% yakin untuk buat live sebab skin dah elok balik.

Awin halalkan untuk awak share tips yang awin bagi hopefully dapat bantu orang-orang yang senasib dengan awin. Hanya kita yang tahu seksa dia macam mana skin rosak akibat skincare.

One more thing nak pesan , untuk guna tips awin bagi awak kena sabar sikit. Sabar insyaallah nanti awak yang puas hati untuk pengakhirannya.

Produk-produk Membantu Menyelesaikan Masalah Kulit Muka

  • Cetaphil – RM23
  • First awin nak beritahu yang Cetaphil memang elok sangat. Masa awin mula-mula pakai memang skin awin nampak makin worst jerawat makin teruk tapi disebabkan awin dah penat nak tukar pencuci muka so awin teruskan juga pakai.
  • Awin try yang gentle skin sahaja sebab yang untuk acne dia mahal so try dulu yang ini. Masa sebulan pakai memang tak nampak perubahan tapi masuk bulan ke dua jerawat awin makin kecut so awin teruskan pakai yang gentle skin.
  • Cetaphil sesuai untuk semua jenis skin even untuk skin baby pun dia sesuai.
  • Cara nak gunakan cetaphil ada dua jenis. Nak guna pakai air pun boleh tak pakai air pun boleh.
  • Kalau guna air cara dia cuci muka kemudian apply cetaphil urut sikit kemudian bilas.
  • Kalau taknak guna air sapu cetaphil dekat muka urut sikit kemudian ambil wet tissue then lap balik. Dia tak berbuih, dia macam lotion. Masa mula-mula pakai memang tak selesa lama-lama skin nampak perbezaannya.

  • Aiken toner – Rm9.90
  • Untuk toner awin suka aiken toner sebab toner ini memang bagi awin the best. Dia best sebab dia boleh kecilkan liang pori-pori. Awin sendri boleh nampk liang pori-pori dekat area pipi dah makin kecil dah, kalau tak dulu memang nampak liang pori-pori awin terbuka sebab itu pakai foundation pun tak lawa.
  • Awin pilih toner ini bukan sebab dia murah, tapi sebab dia memang elok. Toner ini memang susah nak dapat. Nampak tak ramai yang mengunakan toner ini sebab itu kalau lalu depan guardian awin memang akan tengok toner ini if ada terus grab 2,3 botol sebab nanti kalau nk beli time dah nak habis memang menangis sebab dia memang selalu out of stock.
  • Masa awin pakai toner ini skin tak rasa pedih pun even skin awin dah nipis. Jadi sampai sekarang awin guna toner ini.

  • St ives scrub – Rm16
  • Sebelum anda mengetahui kelebihan scrub, ada baiknya anda mengetahui terlebih dahulu apa sebenarnya scrub wajah. Scrub wajah adalah produk pengelupasan yang dicipta khusus untuk wajah. Kulit wajah lebih lembut dan sensitif berbanding kulit dibahagian lain. Oleh itu, wajah perlu dijaga dan diberi perhatian. Salah satu cara dengan menggunakan scrub. Sebab tu kalau awak semua perasan pakai skincare tapi kenape skin tak nampak flawless pun?
  • Scrub penting sebab scrub boleh menangalkan sel-sel kulit mati, scrub boleh meremajakan kulit muka kita, scrub boleh buat skin kita nampak sentisa bersih dan sihat. So now dah fahamkan betapa pentingnya scrub untuk skin kita?
  • Scrub st ives ada macam-macam jenis. Awin lagi suka yang ini berbanding yang greentea even dia agak kasar tapi awin puas bila time scrub muka guna yang apricot.
  • Jangan tonyoh kasar-kasar masa scrub muka nanti boleh buat skin kita luka so buat lembut-lembut sahaja nanti lepas scrub muka, mesti awak suka je nak pegang skin awak sebab dia memang rasa lembut je skin.
  • Jangan scrub hari-hari  just buat 2 kali seminggu pun dah ckup dah.

#3 Cara Hilangkan Parut Jerawat dan Parut Hitam di Muka : Oleh Nur Adila

Oleh Nur Adila

Bismillahirahmannirahim sekarang Nur Adila nak kongsi serba sedikit tentang produk yang dila pakai untuk hilangkan jerawat and parut hitam, semua produk ni uolls boleh cari kat watson atau guardian atau pharmacy yang berdekatan ya kecuali toner eskinol yang dila pakai, dila ada jual sebab tak ada jual dekat drugstore . Supplements dila amalkan ESP SHAKLEE .

loreal

Step -1 : Sebelum cuci muka dila akan remove make up/ kotoran di muka dengan lore’al micellar water OILY sebab yang ini memang sangat sangat efektik hilangkan kotoran , sesuai untuk sensitive skin . Harga pun murah, rm21.90 untuk yang kecil untuk 1-2 bulan pakai dan rm28.90 untuk yang besar untuk 5-6 bulan pakai. Bila gunakan ni awak kena apply dengan kapas.

eucerin

Step ke-2 : Kalau pencuci muka dila akan gunakan eucerin cleanser sebab sangat sangat selamat dan disarankan oleh doktor pakar kulit. Bila pakai eucerin kulit jadi lembut dan bersih. Harga satu ini bawah rm38.45 dan boleh tahan sampai 2-3 bulan untuk 150g.

st ives

Step ke-3 : Dila akan gunakan scrub blemish control apricot scrub jenama st ives sebab produk ini sangat best bila pakai. Seminggu boleh pakai 3 kali sahaja, harga rm18 untuk 6-7 bulan. Jimatkan? Kesan dia pula blackhead jadi kurang dan hilangkan jerawat dan mengecilkan pores , sesuai untuk skin yang ada jerawat.

eskinol

Step ke-4 : Dila akan gunakan toner jenama eskinol ice pores sebab yang ini buatkan muka rasa segar, sejuk dan berangin. Ia boleh mengecilkan pores dan boleh kawal minyak di muka. Yang ini dila paling suka sebab harga dia rm25 sahaja tapi kesan dia efektif sangat. Satu botol ini tahan 2-3 bulan.

mylea

Step ke-5 : Dila akan gunakan serum mylea pada waktu siang and malam , and serum spo dila akan pakai di bibir sahaja jenama mylea and skin potion oil dia elok. Bila pakai serum mylea parut jerawat cepat hilang muka akan rasa selembut baby dan glowing produk ini sangat bagus untuk muka berjerawat, sangat sangat rekomen. Harga bagi serum mylea untuk 1-2 bulan Rm90 , dan serum skin potion oil untuk 2-3 bulan rm55.

matte

Step ke-6 : Dila akan pakai sunblock jenama sendayu tinggi matte sunscreen sebab dia ada spf 50 dan texture dia sangat best. Satu ni rm41.35 untuk 3-4 bulan sesuai untuk oily skin.

mycin

Step ke-7 : Yang ini pakai malam malam sahaja. Bila jerawat besar tumbuh di muka, dila akan gunakan clindamycin gel jenama t3mycin sebab dalam masa 2-3 hari jerawat akan kecut dan totally hilang. Serious tak tipu, t3mycin ni rm23 tapi boleh tahan 1-2 bulan, thank you t3mycin ciptakan produk best.

Untuk supplements, dila amalkan ESP SHAKLEE sebab elok untuk baiki kulit muka, putihkan kulit, bantu hilangkan muka jerawat, kurangkan kemerahan satu tong rm171.00 kalau tak silap untuk 3 bulan.

Untuk routine lain, selepas bangun tidur pagi sebelum mandi, dila akan minum air masak 2-3 gelas sebab muka akan rasa fresh. Selain itu dila pun minum air sehari 2-3 liter dan bila cukup minum air muka kurang naik jerawat.

Sekian, ini semua cara dila nak hilangkan jerawat yang breakout di muka. Awak boleh cari produk produk yang dila mention ini, cuma eskinol dila ada jual . Dila doakan masalah jerawat di muka awak semua boleh selesai.

Penutup 

Setiap orang biasaya ada cabaran masing-masing. Ada yang muka berminyak, ada yang muka rosak sebab skincare, ada yang muka merah hitam, ada yang parut jerawat tak hilang-hilang dan ada yang jeragat menebal dan hitam. Jadi apa yang penting ialah anda semua cubalah rawat masalah ini dengan sabar.

Apa yang kami kongsikan ini ialah lebih kepada himpunan perkongsian dari rakan-rakan lain yang mungkin mengalami masalah yang sama dengan anda semua. Jadi, semoga perkongsian ini dapat membantu menyelesaikan masalah jerawat dan parut jerawat di muka anda semua.

error: Content is protected !!