Cara Untuk Kira Harga Jual Yang Betul Untuk Dapat Untung Berniaga

Cara Untuk Kira Harga Jual Yang Betul Untuk Dapat Untung Berniaga

Ramai yang tanya cara nak tentukan harga sesuatu produk. Sebab bila kira secara kasar, nampak macam untung. Tapi bila kira dalam penyata untung rugi, sebenarnya dia mengalami kerugian. Sila take note ya terutamanya yang menghasilkan produk sendiri seperti founder kosmetik, penjual kek, penjual nasi lemak, dan sebagainya.

Bila kita nak tetapkan harga jualan Sesuatu produk, kita kena ambil kira semua kos dan perbelanjaan yang kita guna untuk bisnes. Tak boleh senang-senang je kita markup harga jualan tu daripada harga belian produk atau bahan mentah. Kita kena ambil kira kos tetap dan berubah masa kita hasilkan produk.

Kenal pasti 2 jenis kos dalam akaun pengurusan :

1. Kos berubah 

Kos yang secara langsung terlibat di dalam penghasilan produk contohnya bahan mentah, pembungkusan, upah buruh atau kos beli produk itu sendiri. Biasanya amaun berbeza setiap bulan. Bergantung kepada jumlah pengeluaran.

2. Kos tetap 

Kos yang berlaku secara tidak langsung tetapi perlu di tanggung oleh perniagaan contohnya seperti gaji pekerja, bil elektrik, air, kos pemasaran, sewa kedai, gaji supervisor dan sebagainya. Kos tetap selalunya amaun sama setiap bulan.

Formula Pengiraan Harga Jual

Jadi untuk kira harga jual, boleh ikut formula ini :

(Kos Tetap + Kos berubah)/ Unit pengeluaran sebulan = Harga kos sebenar + margin keuntungan = Harga Jual

Tak faham lagi? Tak apa, jom tengok contoh situasi ni :

Puan Ani menjual Nasi Lemak. Berikut adalah senarai kos yang terlibat di dalam perniagaan beliau dalam tempoh sebulan. Puan Ani bercadang ingin meletakkan margin keuntungan sebanyak 20% untuk nasi lemak yang akan beliau jual.

1. Kos tetap :

  • Gaji Pekerja RM1000
  • Kos Iklan RM2800
  • Sewa kedai RM1200
  • Bil Air RM200
  • Bil Elektrik300
  • Gaji Owner RM2500

2. Kos Berubah :

  • Beras RM200
  • Cili RM150
  • Ikan Bilis RM150
  • Telur RM200
  • Gula RM50
  • Upah Buruh RM600

Jumlah pengeluaran nasi lemak (bungkus) sebulan: 4000 Unit

Cara pengiraan harga jual nasi lemak beliau adalah seperti berikut:

1. Kos Tetap = RM8,000
2. Kos Berubah = RM1,350
3. Tambahkan kos tetap dan kos berubah
4. Kira harga kos seunit dulu
(RM8000 + RM1350) / 4000 = RM2.34
5. Cara kira harga jual seunit dengan tambahkan markup 20%
RM2.34X 120% = RM2.81

Daripada pengiraan yang saya tunjukkan di atas, harga jual yang sepatutnya diletakkan untuk memberikan keuntungan sebanyak 20% kepada Puan Ani adalah sebanyak RM2.81. Kalau Puan Ani letak harga jual minimum adalah sebanyak RM2.34 maka tidak dapat sebarang kerugian atau keuntungan.

Semoga dengan cara ni dapat membantu peniaga untuk kira harga jual dengan betul.

Penutup 

Untuk mendapatkan nasihat pengiraan harga jualan produk anda dengan lebih tepat, adalah disarankan anda menggunakan khidmat mereka yang bertauliah. Namun contoh pengiraan yang kami kongsikan ini juga sebenarnya sangat-sangat bagus untuk diikuti sebagai panduan.

Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam menentukan harga jualan anda dengan lebih tepat bagi mendapatkan keuntungan dalam perniagaan.

Sumber : Ifa Amir

error: Content is protected !!