Cara Untuk Kulit Flawless Amalkan 16 Serum Ini Yang dikongsikan Azreena Azmi

16 Jenis Serum Yang Terbaik Untuk Anda Cuba, Wanita Ini Kongsi Rahsia Kulit Flawless! Wow! Kami betul-betul kagum dengan perkongsian daripada wanita ini. Dia bukan saja kongsikan info tentang serum. Malah, dia turut kongsikan 16 jenis serum yang terbaik untuk dicuba.

Bukan itu saja, setiap 16 jenis serum tersebut disertakan sekali dengan penerangan lengkap. Gigihkan? Apa-apa pun semoga artikel ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari serum apa yang terbaik untuk wajah anda.

p/s: Artikel ini santai dan dibiarkan dengan penulisan santai agar anda tahu penulis asalnya seorang yang memang santai dalam berkongsi tips hebat ini. Jadi, kami tidak edit penulisan beliau dan biarkan yang original.

#1 : EUCERIN DERMO PURIFYER CONCENTRATE SERUM

EUCERIN DERMO PURIFYER CONCENTRATE SERUM

Ena pakai yang ni sekarang. Actually lama dah pakai, then Ena stop sat sebab nak try serum lain. Then now Ena start pakai balik sebab I’m allergic to habuk and hormon kadang tak stabil maybe sebab stress. Kalau lepas mengemas ja mesti naik jerawat halus-halus. Tak banyak pun, ada seketui dua lagu tu. Bila apply serum ni, Alhamdulillah, mangkit esok pagi surut dan tak tinggal parut. Jangan gatai pi picit pula, biarkan dia begitu.

  • Brand ni dari German.
  • L-Carnitine – boleh control minyak yang berlebihan keluar dan mengurangkan pembentukan jerawat yang tak dak mata. Benda ni banyak orang kena, timbui tapi tak dak mata, so nak picit susah. Hahaha. Ehh tergelak pulak. Ok sambung.
  • L-carnitine ni juga boleh mengelakkan pembesaran liang pori (pores)
  • Decandiol – mematikan bakteria yang tumbuh akibat kekotoran yang melekat kat muka hampa. Dapat mengurangkan parut/hyperpigmentation (parut jerawat yang hitam dan susah nak hilang)
  • Licochalcone extract – mengurangkan rasa keradangan kulit (merah2 or rasa gatal sebab sensitive)
  • Lactid Acid – melembutkan whitehead or blackhead yang keras supaya tidak tersumbat dan dapat
  • engetatkan pori semula.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang besar (kecil pun boleh tapi kuantiti yg banyak) dan berminyak. Sesuai untuk sensitive skin.
  • Dermatologically tested (telah diuji oleh pakar kulit) ada sesetengah doctor akan sugggest brand ni kat customer yang ada masalah kulit tertentu, tambah-tambah sensitive.
  • Boleh hilangkan parut jerawat jugak. Suitable for all skin types.
  • Ada bau yang menyenangkan. Hahaha. Kira tak busuk la. Sebab iols perasan ramai test produk mesti amek cium. Gahahaha.
  • Oh btw, sekarang produk ni memang OUT OF STOCK sebab depa nak tukaq packaging baru. Bulan March baru ada stock insyaAllah.
  • Harga : RM75.00 (packaging baru mungkin lebih mahal sedikit berbanding harga sekarang)

#2 : NARUKO RAW JOB’S TEARS PORE MINIMIZING & BRIGHTENING ESSENCE (sejenis barley, family dgn rumput)

NARUKO RAW JOB’S TEARS PORE MINIMIZING & BRIGHTENING ESSENCE (sejenis barley, family dgn rumput)

  • Gluconolactone 5% – perlahan-lahan membuang sel kulit mati, mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan mengurangkan pori-pori yang terbuka.
    Raw Job’s Tears (barley-like grain used in chinese medicine) untuk kesan mencerahkan wajah (bukan putih nah, cerah ja, bagi kulit sekata dan nampak berseri) dan dapat mengurangkan kekusaman pada wajah.
  • Senang serap, melembabkan wajah seterusnya membuatkan wajah berseri bak orang taiwan . Ehhh. Apa ingat org korea ja lawa2?
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pori yang terbuka, kulit kusam. Suitable for all skin types.
  • Harga : RM 55.00

#3 : PURE BEAUTY PINK PORE PERFECTION ESSENCE

PURE BEAUTY PINK PORE PERFECTION ESSENCE

  • Brand ni dari Korea Selatan.
  • Pink Clay untuk mengelakkan iritasi pada wajah dan kekeringan. Mengurangkan minyak yang berlebihan pada wajah. Oil is GOOD for your skin sebab dapat mengelakkan kulit dari kering, cuma yang BERLEBIHAN itu tak bagus, ubah tanggapan anda pada minyak sekarang juga!
  • Volcanic Ash dari Pulau Jeju. Mengandungi 0% bahan metal yang berbahaya (bukan black metal nah) dapat menyerap minyak berlebihan.
  • Carbonated Thermal Water untuk melembabkan kulit dari luar dan dalam. Menguatkan collagen untuk kekalkan keanjalan pada wajah.
  • Mat-xs Bright dapat mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan juga dapat mengurangkan size pori (pores).
  • Ada sesetengah orang pakai, dapat kurangkan pembentukan jerawat. Dia mengelakkan jerawat, bukan merawat. Prevention is better than cure orang kata.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan pori terbuka. Untuk combination skin pun boleh. Macam dalam kulit dry, luaq kulit berminyak. Atau terbalik.
  • Harga : RM 72.90

#4 : HADA LABO AIRBUTIN WHITENING ESSENCE

HADA LABO AIRBUTIN WHITENING ESSENCE

  • Airbutin untuk melawan pembentukan parut yang hitam.
  • Vit C untuk mencerahkan wajah (berseri).
  • Carnosine untuk mengurangkan kekusaman pada wajah serta kulit pucat (kekuningan).
  • Bilberry leaf extract dapat mengurangkan redness (merah-merah pada wajah).
  • Mempunyai 2 jenis hyaluronic acid (power ingredient untuk hydration) untuk kesan lembab pada wajah yang kekal berpanjangan. Tidak mengeringkan wajah.
  • Memudarkan parut-parut/ kekusaman yang ada pada wajah untuk kelihatan cerah berseri.
  • Sesuai untuk mereka yang fokus untuk kulit cerah sekata bak dinding. Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Harga : RM 80.00

#5 : EUCERIN WHITE THERAPY CONCENTRATED SERUM (6 X 5ml)

EUCERIN WHITE THERAPY CONCENTRATED SERUM (6 X 5ml)

  • Merawat kesan kulit yang rosak akibat cahaya matahari setiap layer ke layer . Dari dermis ke epidermis gitu.
    mengurangkan kekeringan pada wajah, bintik hitam, kesan dari cahaya matahari.
  • 5 kali lebih lembab dan membuatkan wajah lebih cerah berseri.
  • Mempunyai bahan B-Resorcinol untuk melindungi wajah daripada mengeluarkan bintik hitam dari melanin kulit.
  • Glycyrrhetinic untuk merawat kulit dari dalam. Pantas menyerap.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kusam, pigmentation atau bintik hitam yang banyak pada wajah tanpa mengeringkan kulit sebab sesetengah produk whitening boleh menghakis kulit.
  • Suitable for all skin types and sensitive skin. Untuk sesiapa yang nak muka cerah berseri dan untuk kurangkan pigmentation (bintik hitam).
  • Harga : RM 165.00 (6 botol X 5ml setiap botol)

#6 : BIO-ESSENCE TANAKA BIO WHITE ADVANCE WHITENING SERUM

BIO-ESSENCE TANAKA BIO WHITE ADVANCE WHITENING SERUM

  • Tanaka Tree Bark extract sebagai ejen pemutihan dan melindungi kulit daripada sinaran mentari.
  • Camelia extract dikenali sebagai penguat daya tahan kulit dan tinggi tahap kelembapan yang dapat mengelakkan kulit daripada kering.
  • Airbutin macam biasa untuk putih berseri
  • White Plus Complex dapat mengelakkan daripada pembentukan bintik-bintik hitam (pigmentation)
    Sesuai untuk mereka yang mengalami kulit kusam dan mempunyai bintik-bintik hitam. Suitable for all skin types.
  • Harga : RM 99.90

#7 : LOREAL WHITE PERFECT LASER DERM WHITE ESSENCE

LOREAL WHITE PERFECT LASER DERM WHITE ESSENCE

  • Made in USA.
  • Actyl C sebagai bahan yang sangat bagus untuk memudarkan bintik-bintik hitam yang degil nak keluaq. Boleh la cuba hat ni.
  • Adenosine untuk mengawal pengeluaran bintik hitam dari melanin kulit.
  • Fibrelastyl dapat mengurangkan kulit pucat (yellowish skin tone) ala macam darah tak jalan la orang kata. Nampak pucat ja. Hahaha gitu.
  • Kulit akan tampak lebih cerah berseri dan bintik hitam mula pudar! Ceh macam dalam iklan pulak.
  • Sesuai untuk mereka yang nak putihkan muka walaupun tangan lagi gelap dari muka. Minum la collagen yang ada glutathione untuk putih satu badan. Ok bai. Suitable for all skin types.
  • Harga : RM 90.56

#8 : CLINELLE WHITEN UP BRIGHTENING SERUM

CLINELLE WHITEN UP BRIGHTENING SERUM

  • Japanese Purple Rice extract yang dikenali sebagai makanan untuk kulit cantik. Meningkatkan kebekersanan vit c untuk memudarkan kesan bintik hitam pada wajah.
  • Daisy Flower extract dapat mengelakkan wajah daripada nampak kusam dan tidak bermaya.
  • Hydrolyzed Black Pearl dapat mengelakkan melanin daripada mengeluarkan bintik hitam pada wajah. Untuk cerah sekata.
  • Tidak mengeringkan kulit.
  • Suitable for all skin types
  • Dermatologically tested (diuji oleh pakar bedah, ehh pakar kulit).
  • Harga : RM 89.90

#9 : CLINELLE PURE SWISS HYDRACALM SERUM

CLINELLE PURE SWISS HYDRACALM SERUM

  • Made in France.
  • Dapat ‘mengunci’ atau mengekalkan kelembapan pada wajah untuk jangka masa yang panjang.
  • Bio-calm complex yang dapat membantu menenangkan dan menyembuhkan kulit daripada kesan senstive yang diterima melalui persekitaran. Sebab sometimes persekitaran jugak dapat membuatkan kulit tidak selesa.
  • Pure Swiss Thermal Spring Water menggalakkan kelembapan menyerap ke dalam kulit dalam masa sesaat.
  • Natural Phyto Hyaluronic Acid untuk mengunci atau mengekalkan kelembapan yang berpanjangan.
  • Sesuai untuk kulit normal dan kering. Boleh cuba yang ni. Kulit kering memang bahaya, peratusan nak dapat kulit sensitive sangat tinggi. So preventing is better than cure. Hydrating product memang bagus untuk mengurangkan garis-garis halus yang disebabkan kulit kering.
  • Harga : RM 79.90

#10 : HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID HYDRATING ESSENCE

HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID HYDRATING ESSENCE

  • Made in Japan.
  • Mempunyai 4 jenis Hyaluronic acid iaitu Large-size HA, Medium-size HA, Super HA dan Nano HA.
  • Hyaluronic acid ialah satu jenis bahan yang bagus untuk memberi kelembapan pada kulit yang berpanjangan.
  • Hyaluronic acid juga mempunyai kapasiti yang tinggi untuk mengekalkan air dalam badan untuk kulit sentiasa lembab.
  • Tahap kelembapan yang berpanjangan sehingga 24 jam!
  • Mengimbangkan level pH dalam kulit. Mengurangkan iritasi pada wajah.
  • Sesuai untuk mereka yang nak kulit lembab macam artist korea. Basah-basah berkilat gitu. Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Harga : RM 80.00

#11 : AVENE HYDRANCE OPTIMALE HYDRATING SERUM

AVENE HYDRANCE OPTIMALE HYDRATING SERUM

  • Made in France.
  • Product ni memang terkenal untuk mereka yang mengalami kulit sensitive, allergic dan sebagainya. Sebab kulit kering senang dapat kulit sensitive.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang sangat kering dan sensitive yang melampau-lampau. Untuk kulit yang kering dan tegang sampai rasa nak senyum tak leh sebab terlampau tegang. Hahaha. Tegang sangat pun tak bagus jugak. Kadang bila terlalu kering, garisan halus akan lebih kelihatan berbanding kulit normal.
  • Dapat melegakan kulit daripada rasa gatal dan merah-merah akibat terlalu kering.
  • Adjust hydration level dan memulihkan kulit.
  • Lepas pakai kulit akan rasa kurang tegang serta merta! Dan juga dapat mengurangkan sensitive dan allergic pada kulit.
  • Harga : RM 115.00

#12 : BIO-ESSENCE BIO-BOUNCE BIRD’S NEST COLLAGEN ESSENCE

BIO-ESSENCE BIO-BOUNCE BIRD’S NEST COLLAGEN ESSENCE

  • Untuk memperbaiki dan memperbaharui kulit dari dalam.
  • Bird’s Nest extract yang sangat tinggi dengan mineral dan collagen untuk meningkatkan keanjalan pada kulit dan mencerahkan kulit.
  • Hydrolizes collagen untuk meningkatkan dan menambah collagen yang hilang pada kulit untuk mengekalkan keanjalan.
  • Melanostatine 5 untuk membuatkan kulit lebih cerah berbanding yang sebelumnya. Dapat mengurangkan kekusaman pada wajah.
  • Formula yang tidak melekit.
  • Sesuai untuk mereka yang ingin bersedia untuk menghadapi hari tua. Aipp bukan saja hari tua, matahari dengan udara pun boleh membuatkan kulit kita cepat tua, mula la naik bintik hitam, kulit kusam. So ini sebagai langkah untuk merawat dan melindungi kulit dari awal. Suitable for all skin types. Sesuai untuk umur 25 ke atas. Ini product ada fungsi anti penuaan jugak.
  • Harga : RM79.90

#13 : BIO-ESSENCE RADIANT YOUTH ESSENCE

BIO-ESSENCE RADIANT YOUTH ESSENCE

  • Melembabkan dan menyuburkan kulit dari dalam untuk nampak lebih halus mulus.
  • Mengelakkan kulit kering
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan
  • Sesuai dipakai ketika cuaca sejuk di mana udara yang sangat-sangat kering. Sebab texture dia berminyak.
  • Tinggi dengan anti oksida yang membantu daripada persekitaran yang terdedah dengan kotoran.
  • Royal Jelly untuk cerah berseri dan melembutkan kulit. Diperkaya dengan anti bakteria untuk mengelakkan kulit daripada tumbuhnya jerawat.
  • ATP (Adenosine Triphosphate) memberi tenaga untuk memperbaharui dan memulihkan kulit untuk sentiasa kelihatan muda.
  • Green Tea extract membantu mengurangkan proses penuaan.
  • Ginseng & Woldberry extract menyediakan nutrient yang mencukupi untuk menyuburkan kulit dari dalam.
  • Texture dia agak berminyak sebab dia dapat mengelakkan kulit daripada kering. Sesuai untuk sesiapa yang ada masalah jerawat jugak. Sebab dia ada Royal Jelly (madu lebah) yang sangat berkhasiat untuk memulihkan kulit daripada kesan sensitive jugak . Juga boleh mengurangkan iritasi atau redness pada wajah. Sesuai untuk kulit normal dan kering.
  • Harga : RM 105.90

#14 : NUTOX RENEWING TREATMENT ESSENCE

NUTOX RENEWING TREATMENT ESSENCE

  • Yang ni baca review orang buat not bad jugak. Dapat melindungi kulit daripada rosak akibat pencemaran dan cahaya matahari.
  • Memperbaharui sel-sel kulit mati dengan cepat. Kulit akan nampak lebih cerah bermaya.
  • Mempunyai LumiNes, kombinasi antara dua bahan utama iaitu Lumiskin dan Actistem Gold Nest mengaktifkan sel-sel kulit yang tidak berfungsi dengan baik dan meningkatkan struktur kulit yang baik.
  • Dapat mengurangkan kulit kusam.
  • Sesuai untuk umur 25 ke atas yang ingin tampak kekal muda. Sesuai untuk kulit kusam juga. Untuk tampak lebih berseri. Macam duta dia Fazura.
  • Harga : RM 75.90

#15 : CLINELLE CAVIAR GOLD FIRMING SERUM

CLINELLE CAVIAR GOLD FIRMING SERUM

  • Ok mari kita kenali apa itu Caviar? Caviar adalah sejenis telur ikan yang telah ditapai dan dicampurkan dengan garam. Ala macam buat teloq masin. Caviar ataupun dikenali sebagi black gold, adalah makanan yang paling mahal.
  • Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan pada wajah, melembabkan kulit dan dapat mengundurkan proses penuaan.
  • 24k Nano Gold. Dapat mengekalkan keanjalan pada wajah seterusnya dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
  • Phytogold daripada Natural Golden Bell extract untuk mengurangkan bintik hitam akibat penuaan. Mencerahkan wajah dan membuatkan kulit lebih sekata.
  • Sesuai untuk mereka yang berumur 30 ke atas untuk tujuan mengurangkan atau mengelakkan kedutan pada wajah. Ataupun mereka yang mempunyai bintik-bintik hitam akibat melanin dalam kulit.
  • Harga : RM 101.70

#16 : LOREAL REVITALIFT LASER X3

LOREAL REVITALIFT LASER X3

  • Mengelakkan kulit daripada tampak lebih tua.
  • Mempunyai 6% Pro-Xylane iaitu formula anti penuaan untuk merawat garisan halus, pori yang besaq dan kasar.
  • Mempunyai 2% vit c untuk mengelakkan kulit daripada nampak lebih tua berbanding usia sekarang. Memberi perlindungan daripada habuk persekitaran yang membuatkan kulit nampak lebih tua.
  • Melembabkan kulit juga.
  • Ada sesetengah orang bagitau dapat mengurangkan kemerah-merahan pada wajah seterusnya dapat mencerahkan wajah.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti bintik hitam, garisan halus ataupun kedutan pada wajah.
  • Suitable for all skin types. Sesuai untuk wanita yg berumur 30 ke atas. Sebab ada sesetengah dah boleh nampak kedutan pada wajah.
  • Harga : RM 98.24

Cara Menggunakan Serum Wajah Agar Hasilnya Maksima

Penutup 

Benarlah orang kata nak cantik ini memang banyak pakai duit. Apa yang penting ialah biarlah ikut kemampuan dan pastikan anda niat untuk berhias kerana hanya untuk suami. Bimbang pula kalau cantik tetapi untuk mengundang dosa. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kulit bersih cantik dan flawless.

error: Content is protected !!