Cara Untuk Menjaga Isteri Bersalin Secara Ceaser & Penjagaan Luka Ceaser Agar Cepat Sembuh

#Penjagaan Luka Ceaser

Cara Untuk Menjaga Isteri Bersalin Secara Ceaser & Penjagaan Luka Ceaser Agar Cepat SembuhPrinsip Penyembuhan Luka Ceaser

    1. Cahaya ( sila buka langsir atau lampu lampu ketika di siang hari).
    2. Pengudaraan yang baik ( buka tingkap dan kipas. Jika bilik jenis tiada tingkap terbuka dan kipas. Sila on aircond suhu 23 degree.)
    3. Air minum yang bersih dan mencukupi.
    4. Mmakanan yang berkhasiat dan seimbang.
    5. Kebersihan ( mandi, cuci tangan).
    6. Jangan takut mandi. Mandi adalah salah satu cara menjaga kebersihan dan mengelak luka bernanah.
    7. Lepas mandi jangan takut angkat perut anda dan dedahkan untuk pengudaraan yang baik agar ia kering.
    8. Aanginkan menggunakan kipas udara.
    9. Atau jika anda mudah berpeluh sila anginkan perut anda 4 jam sekali.
    10. Sentiasa memeriksa selalu luka, dan alert tanda-tanda jangkitan kuman seperti  merah keliling luka, ada cairan seperti nanah diluka atau demam.
    11. Guna binder untuk support luka dan perut anda ketika bergerak. Terutama aktiviti keluar ke klinik untuk periksa bayi kuning. Ianya dapat membantu ibu selesa dan kurang sakit.

Langkah-langkah Cara Untuk Pemakaian ABdominal Binder Khas Untuk Ibu Melahirkan Secara Ceaser

  1. Pakai binder ketika baring bagi meratakan abdomen untuk mengelak abdomen anda menghempap luka anda.
  2. Pakai sebelum bergerak, seperti bangun dari katil, berjalan, ke klinik.
  3. Buka binder semasa berehat. Anginkan perut agar ia sentiasa kering.
  4. Pilih binder dari material yang tidak panas dan berkuap.

18 Tip Berpantang Ibu Bersalin Caesar Sesuai Amalkan

1. Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala

2. Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening, migrain dan paling teruk meroyan.

3. Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari (minimumkan).

4. Memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!

5. Sila minum air kopi sekali sehari.

6. Air kosong 1 gelas sehari (yang ni memang amalan Ira yang lain tak perlu kecam nak ikut, ikut tak nak tak perlu ikut keperluan badan masing-masing.

7. Balance minum air akar traditional ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.

8. Dengan pengamalan air akar traditional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.

9. Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja! Minyak-minyak ni tak elok untuk rahim, miss v dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.

10. Lebihkan air oren sunquick / buah sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan.(ini Dr. Yang pesan ya tapi memang berkesan).

11. Bagi yang sembelit. Sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta yang kesan dia lebih baik dari hospital kerajaan sediakan ini kita bagi pendapat bedasarkan pengalaman ya tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.

12. Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan “horny” kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.

13. Amalkan ikan haruan hidup, pegaga untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim anda dan luka yang dipotong sewaktu anda di dalam “ot”

14. Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.

15. Makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah!! Lauk banyak tak pe janji nasi sikit.

16. Balance makan biskut cracker kosong! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je (ni pantang Ira, pantang korang. Buat cara korang ye)

17. Jauhkan diri anda dari terkena angin luar (berjalan di dalam rumah sahaja) Hal ini untuk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.

18. Elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.

Video Cara Untuk Melahirkan Anak Menggunakan Kaedah Ceaser (Pembedahan Belah Perut)

Penutup 

Perkongsian artikel ini dibuat dari Nor Azniza Abd Maghrith iaitu Staff Midwife Avisena Specialist Hospital. Beliau merupakan salah seorang manager bahagaian therapionthego di hospital itu. Terima kasih atas perkongsian ini dan semoga ianya bermanfaat dan memberikan ilmu dan kebaikan kepada semua.

Selain itu, diharap artikel ini dapat disebarluaskan agar dapat membantu para ibu lain yang mungkin memerlukan pertolongan dan perkongsian ilmu seperti ini.

error: Content is protected !!